Namun, Sri Hartati Parinduri, 44, menerima dugaan itu dengan hati terbuka.

Selepas kehilangan suami, Zailani Abdul Rahman, 45, kira-kira empat tahun lalu, dia terpaksa memerah keringat de­ngan mengambil upah sebagai pe­ngasuh bagi menyara kehidupan keluarga.

Sri Hartati berkata, tanggungjawab membesarkan tiga anak-nya Mimi Wahida, 13, Bibi Zubaida, 11 dan Sisi Asmida, 6, yang kesemuanya masih bersekolah itu tetap diteruskan.

“Selepas kehilangan suami, saya berniaga kuih-muih di kawasan perumahan ini namun pendapatan tidak menentu dan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian.

“Mujurlah ada jiran-jiran me-nyarankan saya supaya mengambil upah sebagai pengasuh anak-anak mereka pada hari berkerja.

“Alhamdulilah, dengan pendapatan itu dapatlah saya menyara keluarga,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumah sewanya di 3A-06, Blok H, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, di sini.

Sri Hartati turut melahirkan rasa syukur kerana pihak pe­ngurusan Masjid Ara Damansara dan Jawatankuasa Pembangunan Lembah Subang turut menghulurkan bantuan bulanan barangan keperluan asas seperti beras.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan bantuan kepada keluarga ini boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Halim Senawi bernombor 162852067546 atau menghubunginya di talian 010-2865732.