Pengarah Pemasarannya, Rohanna Ibrahim berkata, pengagihan bubur lambuk pada itu bertujuan mewujudkan sema­ngat muhibbah dan sebagai tanda penghargaan kepada pengunjung setia KLIA.

“Inisiatif ini bukan kali pertama diadakan Hotel Sama-Sama KLIA kerana kami pernah mengedarkan laddu, sejenis manisan tradisional masyarakat India di Bangunan Terminal Utama KLIA bersempena Deepavali,” katanya ketika ditemui pada majlis agihan bubur lambuk di Stesen Petronas KLIA.

Yang turut hadir Pengurus Sama-Sama Express KLIA, Iqmal Muslim.

Menurut Rohanna, bubur lambuk yang dimasak khas oleh barisan chef Hotel Sama-Sama KLIA bukan sekadar bagi meraikan kedatangan bulan Ramadan, malah adalah simbolik kepada ikatan silaturahim yang berterusan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

“Para cef terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan etnik yang mewujudkan suasana harmoni untuk meraikan Ramadan walaupun masing-ma­sing berbeza identiti,” katanya lagi.