Wakil peminjam, Putri Faridatul Shafinaz Megat Sharifudin berkata, pihaknya lega selepas kerajaan negeri sendiri berjanji untuk menyelesaikan isu tersebut selewat-lewatnya hujung bulan ini, setelah tergantung beberapa bulan.

Tambahnya, skim seperti Hijrah Selangor amat membantu para usahawan kecil untuk mengembangkan perniagaan dan berharap sebarang kelemahan yang timbul sebelum ini dijadi iktibar agar penambahbaikan dapat dilakukan pada masa hadapan.

“Terima kasih kepada Menteri Besar atas tindakan pantas dan kami juga berharap agar masalah kelewatan penyaluran dana pinjaman ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE