Pengerusi Badan Bertindak Jalan Bukit, V. Subramaniam berkata, jika projek itu dite­ruskan kualiti hidup penduduk bakal terjejas, selain mengakibatkan kesesakan lalu lintas semakin kritikal.

Menurutnya, projek yang dibangunkan itu langsung tidak mengambil kira tentang penja-gaan alam sekitar dan hak penduduk setempat.

“Penduduk terkilan kerana MPKj tidak ada sebarang usaha untuk mendengar apalagi me­ngadakan pertemuan dengan kami dalam proses peranca­ngan, kelulusan dan pelaksanaan ke­dua-dua projek ini,” katanya.

Terdahulu, beliau mengetuai sesi penyerahan memorandum bantahan projek yang turut dihadiri kira-kira 50 orang mewakili enam taman perumahan itu.

Memorandum diserahkan kepada Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKj, Kamaruzaman Salimin.

Antara isi kandungan memorandum tersebut termasuklah, ketiadaan pelan nyata untuk menangani kesesakan lalu lintas kesan daripada pembangunan itu, kegagalan pemaju mematuhi prosuder operasi standard ditetapkan PBT dan Jalan Bukit tidak mempunyai ruang mencukupi untuk dinaik taraf menjadi dua lorong.

Katanya, Jalan Bukit merupakan laluan utama yang digunakan oleh penduduk untuk ke pekan Kajang dan kawasan sekitar.

Utusan Malaysia difahamkan, projek dua pangsapuri yang mempunyai 1,806 unit itu dijangka siap 2022.

Sehubungan itu katanya, penduduk berharap MPKj meneliti memorandum bantahan serta petisyen yang dihantar berhubung perkara itu dengan segera.

...