Kejutan itu merupakan sebahagian daripada kelainan yang ditampilkan para guru dan pentadbiran sekolah tersebut sempena sambutan Hari Guru sehingga menimbulkan rasa keterujaan bukan sahaja kepada pelajar sekolah tetapi orang ramai.


Pengerusi Kelab Guru SMK Sungai Besar, Mohd. Ridzuan Kasim berkata, pemilihan tema busana kepahlawanan Melayu itu adalah bagi mengembalikan nostalgia dan semangat kegemilangan di zaman kesultanan Melayu dahulu.


“Objektifnya ialah kami mahu agar semangat keagungan kesultanan Melayu ini menjadi pendorong kepada para guru bukan sahaja di SMK Sungai Besar tetapi di seluruh negara untuk berkhidmat sebaik mungkin mendidik anak bangsa.