Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Formasi ‘Kami Sayang Cikgu’ pelengkap sambutan Hari Guru

PARA guru bersama membuat formasi hati ketika murid membentuk
PARA guru bersama membuat formasi hati ketika murid membentuk tulisan dalam sambutan Hari Guru di SK Taman Bunga Raya 2, Bukit Beruntung, Selangor, semalam. UTUSAN/Ghazali Basri

Hulu selangor 16 Mei – Gabungan guru dan murid bagi membentuk formasi ‘Kami Sayang Cikgu’ merupakan simbolik utama sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bunga Raya 2.

Sambutan Hari Guru yang bertemakan ‘Guru Pembina Negara Bangsa’ itu disambut meriah oleh 1,366 murid dan 87 guru menerusi pelbagai aktiviti antaranya bacaan perutusan Ketua Pengarah Pendidikan, nyanyian lagu ‘Guru Malaysia’, permainan explorace, dan persembahan murid.

Guru Besarnya, Zailani Karim berkata, tiada siapa dapat menafikan peranan seorang guru dalam melahirkan gene­rasi yang berkualiti pada masa akan datang.

Beliau berkata, guru perlu memenuhi keperluan pendidikan mengikut peredaran zaman bagi memudahkan mereka mendidik anak bangsa.

“Kami sedar pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh seorang guru terutamanya pada masa kini namun, sebagai pendidik perlu bijak serta sabar menanganinya.

“Contohnya, di sekolah ini pelbagai program diadakan bagi meningkatkan prestasi pelajar seperti menghantar beberapa orang murid ke luar negara untuk menambah pengetahuan,” kata­nya selepas menghadiri sambutan Hari Guru di sini hari ini.

Yang turut hadir Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru, Mohd. Rusli Mohd. Musa.

Tambah Zailani, aksi guru lelaki dan wanita berpakaian mengikut kerjaya seperti doktor, peguam dan jurutera turut mewarnai sambutan tersebut.

“Gimik guru memakai pakaian sebegitu bertujuan mendedahkan murid dengan pelbagai bidang selain menjadi seorang pendidik.

“Murid perlu tahu skop kerjaya itu sangat luas dan mereka berpotensi untuk mencapainya jika belajar bersungguh-sungguh. Dengan penampilan guru hari ini mereka dapat tahu pelbagai bidang yang boleh diceburi,” ujar­nya lagi.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain