Shaharuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 6.28 petang ini.

Menurut Setiausaha Kanannya, Zafrullah Aris, jenazah allhyarham akan dibawa pulang ke rumah di Desa Pinggiran Putra dan urusan pengebumian akan dilakukan esok.

Shaharuddin yang dipercayai mengidap kanser kolon sebelum ini dilaporkan tenat tetapi berita itu nafikan keluarganya.

Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor turut mengeluarkan kenyataan yang menyatakan Shaharuddin hanya bercuti rehat selama sebulan selepas menjalani rawatan. - UTUSAN ONLINE