Terdapat beberapa jenis keju antaranya keju ricotta dan keju mozarella yang mudah untuk dibuat menggunakan bahan-bahan seperti serbuk lemon, rennet (sejenis enzim daripada tumbuhan), susu segar, garam serta air.

Dalam masa sama orang ramai boleh mendapatkan susu segar hasil keluaran lembu tenusu UPM yang boleh diminum terus atau dibuat keju kerana produk itu telah dipastur sebelum dijual kepada pembeli.

Sementara itu, produk ternakan seperti daging kambing, daging rusa dan ikan tilapia serta pelbagai hasil pertanian turut dijual kepada pengunjung.

Untuk membuatkan kunjungan anda lebih bermakna, EPPK42 turut membuka gerai pameran daripada pelbagai fakulti dan institusi di UPM .

Bagi yang bermina menceburi bidang perniagaan menggunakan produk berasaskan teknologi baru dan inovasi UPM , boleh terus berbincang dengan Putra Science Park tentang teknologi atau produk berkaitan.

Antara yang turut menarik perhatian sempena EPPK42, ialah pameran unggas hiasan dan utiliti daripada Malaysia Ornamental poutry Association (M.O.P.A).

M.O.P.A adalah persatuan yang bertanggungjawab mengimport dan membiakkan baka-baka itu ke Malaysia.

Terdapat ribuan unggas yang dipe­cahkan mengikut kategori saiz dan warna yang berbeza selain ayam baka Onagodori yang berasal dari Jepun.

Selain itu, pengunjung juga berkesempatan untuk me­nyertai pertandingan kecantikan unggas, melihat proses pembiakan unggas dan lebih banyak aktiviti menarik yang disediakan dalam ekspo kali ini.