prolintas
 

Empat lebuh raya terbabit adalah Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuh Raya Kajang Silk (SILK).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohammad Azlan Abdullah, pemberian diskuan tol di keempat-empat lebuh raya itu akan bermula dari pukul 8 pagi sehingga pukul 8 malam pada 16 Februari ini membabitkan semua kelas kenderaan.

"Bagi pengguna AKLEH, mereka akan menikmati diskaun 20 sen ketika melalui Plaza Tol Datuk Keramat manakala bagi pengguna lebuh raya GCE, mereka turut menikmati kadar penjimatan yang sama ketika melalui Plaza Tol Bukit Jelutong, Elmina dan Lagong.

"Sementara itu, para pengguna di lebuh raya LKSA, apabila mereka akan menikmati pengurangan sebanyak 10 sen ketika melalui Plaza Tol Seri Muda dan Alam Impian. Diskaun yang sama turut diberikan kepada para pengguna SILK yang melalui Plaza Tol Sungai Balak, Sungai Ramal, Bukit Kajang dan Sungai Long," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Tambah Mohammad Azlan, pemberian diskaun itu diharapkan dapat meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung para pengguna lebuh raya, terutamanya bagi mereka yang meraikan sambutan Tahun Baru Cina. - UTUSAN ONLINE.