Mereka mendakwa, kerja-kerja itu menyebabkan dinding dan lantai rumah mengalami keretakan serius sekali gus menyebabkan penghuni terpaksa menanggung kos baik pulih yang mencecah ribuan ringgit.

Seorang penduduk, Sahlani Kurdi, 59, ketika ditemui berkata, dia hanya mengetahui dinding dapur rumahnya itu retak sepanjang kira-kira tiga meter pada pagi semalam.

Menurutnya, dia tidak kemung­kinan retakan itu berpunca daripada gegaran yang dihasilkan oleh jentera yang digunakan untuk kerja-kerja itu.

“Siapa yang harus menanggung kos baik pulih kerosakan ini. Jumlahnya bukan sedikit sebaliknya lebih RM10,000,” katanya yang mendiami kediaman itu sejak sejak setahun lalu.

Kebimbangan yang sama juga disuarakan M. Partibhan, 29, yang turut mendakwa bahagian din-ding tandas dan dapur rumahnya retak.

“Sejak kerja-kerja naik taraf jalan dan longkang berhampiran dilaksanakan, kami sekeluarga tidak tidur lena.

“Sepanjang saya tinggal di sini, tak pernah pula berlaku banjir kilat disebabkan masalah longkang tersumbat.

“Saya berpandangan, longkang dan jalan sedia ada tak perlu dinaik taraf, sebaliknya perlu diselenggara dengan lebih kerap oleh MDSB,” ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Harun Shafie, 54, mahu pihak berkuasa tempatan itu menghentikan sementara kerja-kerja menaik taraf jalan dan longkang di kawasan kediaman mereka selain membuat pemeriksaan lanjut ke atas rumah penduduk di kawasan itu.

“Lebih baik MDSB hentikan sementara kerja-kerja itu dan membuat pemantauan ke atas rumah penduduk di sini.

Selain itu pemantauan juga perlu dilakukan bagi memastikan kontraktor yang dilantik itu menjalankan kerja-kerja mengikut peraturan ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha MDSB, Awaluddin Zakaria ketika dihubungi berkata, MDSB akan menghantar pegawainya ke tapak projek untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung aduan penduduk ber­kenaan dalam tempoh terdekat ini.

“Kami akan memastikan kesahihan dakwaan penduduk sama ada punca keretakan itu disebabkan kerja-kerja yang dilaksanakan atau kebarangkalian mereka sendiri me­ngubah suai dan menyambung belakang rumah hingga ke longkang.

“Jika ada penduduk melakukan pengubahsuaian itu, ianya adalah satu kesalahan” katanya.