Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata,

Dasar komuniti Negara yang dijangka lengkap pada bulan ini akan berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, sebelum ini sebahagian daripada pelaksanaan program dasar itu turut melibatkan komuniti PPR Sentul dan Sri Kelantan melibatkan lebih 2,000 penduduk.

Tambahnya, salah satu daripada program itu adalah mewujudkan sistem sokongan kepada golongan ibu melalui penyediaan pusat jagaan kanak-kanak.

“Saya yakin dasar ini akan berjaya mengurangkan masalah ibu bapa yang dibelenggu komitmen untuk menambah pendapatan keluarga,” ujarnya.

Dasar Sosial Negara (DSN) adalah dasar pembangunan sosial berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesejahteraan hidup masyarakat.

Dasar yang diluluskan oleh Kabinet pada 19 Februari 2003 itu bermatlamat mewujudkan masyarakat maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.- UTUSAN ONLINE.