Caltex Havoline adalah produk berasaskan teknologi c.o.r.e dan dibangunkan khas untuk keperluan tunggangan urban yang perlu berdepan situasi kesesakan trafik sepanjang masa tanpa mengira jentera baharu atau lama.

Pengurus Pemasaran Serantau Pelincir Chevron Asia Pasifik, Lennard Kwek berkata, selain teknologi c.o.r.e, turut dibangunkan untuk produk itu adalah teknologi aditif yang dipanggil Zoomtech.

“Teknologi zoomtech ialah formula aditif baharu dibangunkan Caltex Havoline untuk minyak pelincir semi-sintetik dan mineral yang mampu menambah baik cengkaman klac bagi mendapatkan hantaran kuasa optimum.

“Ujian dilakukan ke atas Havoline Super 4T Semi-Synthetic menghasilkan keputusan 13 peratus lebih baik terhadap cengkaman klac dan peningkatan pecutan berbanding pelincir lama, Havoline Super 4T Synthetic Blend SAE 10W-40,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan minyak enjin Caltex Havoline Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40, di The Gasket Alley, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, keistimewaan bagi produk itu ialah apabila ia dibangunkan berasaskan teknologi c.o.r.e iatitu bersih, pengokisadaan, pengurangan dan peningkatan yang sangat disarankan untuk motosikal prestasi tinggi.

“Bagi menangani rev enjin tinggi dan tambahan haba, pelincir ini diformulakan menjadi 50 peratus lebih superior berbanding kestabilan pengoksidaan dalam standard industri.

“Oleh itu, enjin mendapat lebih perlindungan daripada kerosakan panas enjin. Ini berdasarkan ujian dilakukan ke atas produk pelincir Havoline Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40 menunjukkan kestabilan pengoksidaan sebanyak 50 peratus,” katanya.

Katanya lagi, terdapat dua kategori pelincir ditawarkan iaitu Havoline Super 4T dan Havoline Super Matic 4T dan salah satunya diformulasikan khas untuk motosikal jenis skuter.

“Caltex Havoline Super 4T SAE 5w-40 sintetik ditawarkan pada harga RM67 setiap liter.

“Sementara Havoline Super 4T semi-sintetik dan mineral pula masing-masing dijual pada harga RM30 dan RM24 setiap liter serta dilengkapi dengan bahan tambahan Zoomtech baharu,” katanya.