Sumbangan komputer tersebut adalah yang ketiga dibuat syarikat itu sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya selepas turut berbuat demikian ke atas dua buah sekolah di Lumut dan Kota Kinabalu sebelum ini.

Ketua Sistem Maklumat Kumpulan Boustead, Omar Zambri Mahmud, berkata, langkah menyumbangkan komputer kepada pihak sekolah dipilih kerana sistem pembelajaran dan pendidikan kini tidak boleh lagi ketinggalan dalam soal teknologi.

“Kita berharap komputer yang disumbangkan ini dapat digunakan secara bermanfaat oleh para pelajar dan pihak sekolah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan komputer berkenaan di sini hari ini.

Yang hadir sama Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Seksyen 9, Zulrushdi Mohamad serta Guru Penolong Kanan, Tuan Saripah Nor Riha Tuan Jaafar. - UTUSAN ONLINE