Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Hitam berkata, perjanjian itu menyaksikan Kumpulan Avillion Hotel menguruskan prapembukaan dan operasi Avillion Bukit Tinggi menjelang 2020.

“Avillion yakin tambahan aset hartanah ini berpotensi menarik pengunjung dalam dan luar negara. Lokasi Bukit Tinggi juga terletak berdekatan dengan taman tema baharu yang akan dibuka dua tahun lagi.

“Kawasan ini dijangka menjadi destinasi tumpuan pelancong. Kumpulan Avillion Hotel teruja untuk menjadi sebahagian daripada perkembangan pelancongan di Bukit Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan selepas majlis tersebut di Menara Lien Hoe, di sini. - UTUSAN ONLINE