Pengarah APM Selangor, Ghazali Abd. Rahman berkata, sebanyak 400 hingga 500 anggotanya akan ditugaskan di 22 kawasan Parlimen di seluruh negeri tersebut.

"Antara persediaan yang APM lakukan termasuk persiapan sekiranya berlaku bencana alam atau banjir ketika hari pengundian.

"Situasi banjir dan hujan lebat semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 2011 telah membuatkan APM Selangor sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Perutusan Amanat APM Selangor sempena Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam Ke-66 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ghazali berkata, ketika proses pembuangan undi nanti, anggotanya juga akan ditugaskan bagi membantu warga emas dan orang kurang upaya (OKU) untuk bergerak ke pusat-pusat mengundi di seluruh negeri itu. - UTUSAN ONLINE