Seramai 1,000 orang menghadiri majlis pemakaman sebagai tanda memberi penghormatan terakhir kepada Tengku Puteri Sofiah.

Terdahulu, jenazah Almarhumah Tengku Puteri Sofiah yang tiba di makam pukul 10.30 pagi dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Istana Diraja yang terletak di Klang dengan diimamkan Timbalan Mufti Selangor, Anhar Opir.

Turut mengiringi jenazah, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali. - UTUSAN ONLINE