Penduduk mendakwa, ini ke­­rana sepanjang kerja-kerja pe­man­tauan di tapak runtuhan pi­hak bertanggungjawab mengabaikan aspek keselamatan.

Sebarang penghadang atau pi­ta kuning tidak dipasang di kawasan runtuhan bagi tujuan ke­selamatan atau mengelakkan daripada diceroboh.

Keadaan itu membuatkan penduduk tidak lena tidur setiap kali cuaca hujan kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Tinjauan Skuad Terjah ke lokasi hari ini mendapati dakwaan penduduk berasas apabila sebahagian runtuhan terbing berhadapan kawasan perumahan itu hanya dipasang kain rentang.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Saga, Abd. Razak Abd. Rahman berkata, ke­gagalan pemantauan serta kerja-kerja pengukuhan cerun bukit termasuk pembinaan blok kon­krit oleh pihak bertanggungjawab di Jalan Saga 28 di sini benar-benar menimbulkan rasa terkilan.

Beliau mendakwa, pemaju projek pem­bangunan Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang (Suke) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) seolah-olah lepas tangan dalam isu tersebut.

“Apa yang merungsingkan apabila cuaca buruk dan tidak menentu ketika ini memungkinkan masalah dan keadaan menjadi bertambah teruk.

“Meskipun masih belum ada kemalangan jiwa berlaku, tetapi perkara ini perlu dipandang serius supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya kepada Skuad Terjah di sini.

Beliau berkata, takkan mahu lihat ada kes kematian berlaku baru tindakan diambil.

“Ketika itu, tindakan yang diambil juga tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada penduduk.

Pada 23 Januari lalu, berlaku satu kejadian runtuhan bongkah batu besar dan banjir kilat yang menyebabkan beberapa rumah dan kenderaan penduduk di kawasan itu ditenggelami lumpur dan batu.

Dalam kejadian pukul 10.45 pagi itu, bongkah batu dari tapak projek yang terletak di atas bukit berkenaan jatuh secara mendadak ketika kerja pembinaan sedang dilakukan dari tapak projek Suke.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak mendatangkan kecede­raan atau kemalangan jiwa kepada pekerja mahupun penduduk se­kitar kawasan berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Parti Gerakan, Ben Liew Pok Boon berkata, tindakan MPAJ melaksanakan kerja-kerja ke-selamatan se­perti melepaskan batok di tangga sahaja kerana tidak bersu­ngguh.

Katanya, pengabaian dari aspek keselamatan seboleh mendatangkan bencana lebih besar termasuk kehilangan nyawa.

“Pemantauan unit kecemasan 24 jam daripada pihak pemaju mahupun MPAJ juga diperlukan bagi mengelak kejadian ‘air terjun berlumpur’ kembali berulang menghantui penduduk di sini,” katanya.