Ab. Rashid sebelum ini bertugas sebagai Ketua Polis Perlis menggantikan Mohd. Fuad yang bersara wajib bermula esok.

Ab. Rashid memulakan tugas dalam pasukan polis sejak 1979 dan menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. - UTUSAN ONLINE⁠⁠⁠⁠