Menurut Pengarah Pendidikan negeri, Mohd. Salleh Mohd. Kassim, kesemua murid menduduki peperiksaan tersebut di 787 pusat peperiksaan.

.Katanya, jumlah itu meliputi 450 pusat peperiksaan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan Jenis Kebangsaan (SKJK) Cina (113), SKJK Tamil (96), sekolah swasta (37) dan sekolah menumpang swasta (45).

“Berdasarkan rekod, calon berdaftar bagi UPSR tahun ini seramai 86,113 murid dengan jumlah calon bagi sekolah kerajaan sebanyak 81,843 dan 4,270 merupakan calon dari sekolah swasta.

“Manakala, Calon Berkeperluan Khas (CBK) yang menduduki UPSR pada tahun ini adalah seramai 253 calon,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE