rmps-malaysia
 

Kayuhan anjuran Excellent Pictures Sdn Bhd dan SIC bertujuan meningkat semangat patriotik para peserta selain memeriahkan program di gelanggang yang pernah terkenal dengan perlumbaan Formula Satu itu.

Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan baginda disambut oleh Pengarah Urusan Excellent Pictures, Azlan Shah Jaffril.

Ketika bertitah kepada para peserta, baginda menitahkan betapa syukur sebagai rakyat Malaysia negara ini selamat dan duduk dalam keadaan harmoni merangkumi pelbagai aspek.

Titah baginda, keselamatan serta kesejahteraan negara sentiasa terpelihara dan peluang yang sedia ada dari aspek pelajaran atau pendidikan, pekerjaan, kemudahan-kemudahan dan sebagainya.

Justeru itu baginda mengajak semua rakyat untuk meneruskan amalan konsep wasatiyah atau kesederhanaan dalam semua aspek, khususnya dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang insan.

“Praktik atau amalkan perkara-perkara yang baik, suci dan murni dalam pekerjaan atau penugasan kita dan memberi yang terbaik dalam apa jua tugas mahupun tanggungjawab walaupun mungkin ada kerkurangan di dalam pelbagai sudut atau aspek yang berkaitan.

“Masih baik jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain. Oleh itu, kita mesti sentiasa rasa bersyukur dan berbangga dengan apa yang kita nikmati pada masa kini dan hendaklah sama mempertingkatkan apa yang ada,” titah baginda. - UTUSAN ONLINE