Pengerusinya, Siti Mariam Omar berkata, program yang julung kali diadakan itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli-ahli PITKM.

Katanya, ahli secara bergotong-royong dan bergilir-gilir memasak dodol.

“Sebanyak 10 kawah digunakan dan kira-kira lapan jam diperlukan sehingga dodol itu masak sepenuhnya.

“Kita dapat membungkus dan menyediakan kira-kira 500 pek dodol untuk diagih-agihkan bersama-sama ahli,” katanya yang turut menyatakan program itu akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli.

Pengagihan dodol itu disempurnakan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias.

Dalam pada itu, Siti Mariam turut memberitahu bahawa pihak­nya merancang untuk mengadakan lebih banyak program yang menjurus kepada membantu peningkatan ekonomi ahli PITKM pada masa depan.

“Program berbentuk peningkatan ekonomi ibu tunggal ini mungkin dilaksanakan dalam banyak bidang seperti pertanian, makanan dan pakaian,” ujarnya.