Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz  berkata, program itu merupakan salah satu inisiatif di bawah tanggungjawab kerajaan dalam membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan.

Beliau berkata, pelajar menerima baucer bernilai RM100 tiap seorang dan mereka berpeluang untuk membeli kelengkapan sekolah mengikut citarasa masing-masing.

“Kali ini peruntukan yang di­sediakan adalah sebanyak RM5,000 khas untuk penduduk Kampung Sungai Purun. Saya gembira melihat anak-anak ini teruja memilih kelengkapan persekolahan seperti kasut, beg dan baju sekolah.

“Kita memberi kepercayaan sepenuhnya kepada ketua kampung untuk memilih 50 penduduk yang layak seperti anak yatim piatu serta golongan asnaf,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu La­ngat, Datuk Markiman Kobiran.

Sementara itu, seorang ibu Zaiton Shariff, 64, berkata, bantuan yang diterima dapat mengurangkan beban yang ditanggung menjelang sesi persekolahan 2018.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu dan diharapkan ia dapat dite­ruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.