Daripada jumlah tersebut, tiga akan membawa gelaran Dato’ Seri, tiga membawa gelaran Dato’ Setia dan sembilan belas membawa gelaran Dato’.

Dalam kenyataan akhbarnya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya berkata, kesemua penerima tersebut sudah melepasi tapisan keselamatan.

“Sebanyak 1,801 permohonan telah diterima, daripada itu sebanyak 791 adalah permohonan pencalonan bagi darjah dan bintang kebesaran negeri Selangor.

“Daripada 791 pencalonan, hanya 25 penerima atau kurang 3.2 peratus sahaja yang terpilih untuk menerima darjah dan bintang kebesaran,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE