Acara itu berjaya menarik 2,000 orang peserta serta para penyokong kesejahteraan alam sekitar dalam usaha untuk me­ningkatkan kesedaran tentang pencemaran plastik sekali pakai.

Acara ini turut menjadi landasan untuk orang ramai memperkasakan gaya hidup mereka ke arah yang lebih sihat dan lestari, bermula di rumah.

Pada tahun ini, sambutan bertemakan Bebas Sisa Plastik ter­utamanya dalam mengurangkan penggunaan plastik sekali pakai yang menjadi elemen penting sepanjang larian ini.

Peserta larian diberi pilihan untuk membawa botol air sendiri ataupun menggunakan botol air boleh dikitar semula yang disediakan.

Ini merupakan satu-satunya larian di mana tiada cawan mahupun botol air plastik yang boleh didapati, namun para peserta boleh menggunakan tangki dan pam air kitar semula yang boleh didapati di stesen-stesen air yang telah ditetapkan untuk mengisi dan mendapatkan air.

Naib Presiden Kanan - Ketua Wilayah Malaysia dan Singapura Kumpulan FOX Networks Vineet Puri berkata, larian ini menggabungkan minat orang ramai dari pada segi kecergasan dan kesihatan untuk menyokong gaya hidup yang lebih sihat dan bermanfaat.

Menurutnya, orang ramai boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari melalui acara ini untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali pakai.

“Kami berharap larian ini akan menjadi pemangkin bagi rakyat Malaysia untuk mula hidup secara lestari,” katanya.