Program yang diadakan serentak di seluruh negara itu melibatkan Zon Utara meliputi Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak; Zon Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang); Zon Selatan (Johor) serta Zon Melaka dan Negeri Sembilan dengan jumlah keseluruhan penyertaan seramai 5,684 murid.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Little Caliphs International Sdn. Bhd., Roslan Nordin, program simulasi itu diadakan bagi mendedahkan para murid prasekolah yang berusia 6 tahun mengenai ibadah haji selaras dengan pendekatan pembelajaran secara terus yang dilaksanakan pihaknya. 


Katanya, selain memakai ihram, para murid yang menyertai simulasi itu turut melakukan cara melakukan ibadah haji iaitu tawaf, wuquf, melontar jamrah, saie serta bertahalul. 


“Simulasi ini kita adakan sejak tahun lalu dan kami ini kita adakan pada skala yang lebih besar dengan menghimpun para murid mengadakan tawaf secara serentak di seluruh negara. 


“Objektif kami ialah supaya anak-anak ini mendekati dan memahami ibadah-ibadah dalam Islam di peringkat awal dan mencintai ilmu,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE.