OSMAN SAPIAN
OSMAN SAPIAN 

Beliau berkata, pihaknya dan kepimpinan negeri akan bekerja kuat untuk memastikan kesejahteraan negeri berdaulat ini. 

“Selaku wakil rakyat dan Ketua Eksekutif kerajaan negeri, saya ingin menegaskan apa juga kepentingan rakyat akan didahulukan walaupun berdepan rintangan. 

“Saya bukanlah boneka sesiapa tetapi bertuankan rakyat yang memberi kepercayaan kepada pasukan saya, ini tidak akan dikhianati,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menutup ucapan penggulungannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE