Md. Jais Sarday
Md. Jais Sarday

Pengerusi Jawatankuasa Perusahaan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md. Jais Sarday berkata, antara projek perumahan itu termasuk Rumah Pangsa Kangkar Pulai, Rumah Pangsa Taman Cendana dan Rumah Pangsa Bandar Seri Alam.

Beliau berkata, jumlah semasa pembeli yang ditawarkan skim berkenaan menerusi Bajet Johor 2015 seramai 3,200 orang.

“Menerusi Bajet Johor 2015 juga, 5,000 unit kediaman dijadikan skim sewa beli dan telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat yang telah dibuat secara manual sebelum ini melibatkan projek Rumah Awam Kos Rendah.

“Sementara itu dalam Bajet Johor 2017, kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi tujuan pembelian rumah kediaman mampu milik Pakej A dan Pakej B yang berharga RM42,000 dan RM80,000,” katanya menjawab soalan Datuk M. Asojan (BN-Bukit Gambir) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Md. Jais yang juga Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Mahkota berkata, selain itu kerajaan nege­ri telah membina sebanyak 11,344 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) setakat Di­sember tahun lalu bagi mencapai sasaran pembinaan 60,000 unit RMMJ menjelang tahun 2020.

“Skim Pembiayaan RMMJ menerusi Ambank dengan peruntukan seba­nyak RM300 juta turut diwujudkan bagi membantu golongan memerlukan memiliki kediaman sendiri,” katanya.