Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supt Mohd Sabri Zainol berkata, dalam kejadian 1 tengah hari itu, mangsa Muh Tahir Majid Syam, 40, telah keluar bersama anak saudaranya Muhammad Arfian Putra Effendy, 24, mencari ketam di sungai berkenaan dan anak saudaranya mencari ketam di dua lokasi berbeza.

"Anak saudaranya mencari mangsa di tempat mangsa mencari ketam tetapi mendapati dia tiada di lokasi cuma barang-barang mangsa yang ada di tempat berkenaan," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, anak saudaranya cuba mencari mangsa di sekitar sungai namun hanya ternampak kepala mangsa terapung di sungai dan terus tenggelam.

"Mayat mangsa telah dijumpai di sungai pada 6 petang ini, hasil siasatan awal mangsa dipercayai dibaham buaya kerana ada kesan luka gigitan binatang di badan mangsa," katanya sambil menambah mayat sudah dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat. - BERNAMA