KUCHING 13 Feb. - Pusat Latihan Atlet Elit Sarawak akan ditubuhkan di Kuching bagi menyediakan kemudahan latihan jangka panjang kepada atlet kelainan upaya negeri ini yang berpotensi meraih pingat emas pada Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) dan Para Sukma di Johor pada 2020.
KUCHING 13 Feb. - Lapan puluh atlet Yayasan Sarawak akan menyertai Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) ke-13 di Langkawi, Kedah pada 15 hingga 22 Feb ini.
KUCHING 1 Feb. - Acara Larian Warisan Kuching yang berlangsung pada 16 Feb akan memberi peluang kepada peserta untuk menerokai khazanah dan warisan yang terdapat di Bandaraya Kuching dengan lebih baik secara menghiburkan.
KUCHING 28 Jan. - Sarawak akur dengan keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan hak Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan berlangsung di sini.
KUCHING 25 Jan. - Kerajaan negeri akur dengan keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkaitan dengan pendirian Malaysia yang menghalang kemasukan atlet Israel daripada menyertai Kejohanan Renang Para Dunia di Sarawak yang berlangsung dari 29 Julai hingga 4 Ogos depan.
KUCHING 9 Jan. - Sarawak hanya akan memutuskan sama ada akan mengikat pemain import dari Indonesia, Rian Nugraha Yukandi selepas tiga aksi persahabatan di Semenanjung Malaysia.
KUCHING 7 Jan. - Atlet bina badan negara, Buda Anchah, selaku ikon belia Sarawak, boleh menjadi sumber inspirasi kepada belia terutamanya ahli sukan, menerusi ceramah motivasinya, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah.
KUCHING 29 Nov. - Seramai 800 atlet dari 80 negara akan menyertai Kejohanan Renang Para Dunia (WPSC) 2019 yang akan diadakan di Kuching pada 29 Julai hingga 4 Ogos tahun hadapan.
MIRI 19 Nov. - Bekas jaguh pecut negara Watson Nyambek hari ini menafikan laporan yang dikatakan berita dan dikongsi menerusi laman sosial mendakwa beliau jutawan siling digital, bitcoin.
KUCHING 7 Okt. - Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengumumkan akan membubarkan sepenuhnya skuad bola sepak mereka merangkumi pemain, kejurulatihan dan pengurusan musim ini bagi memperbaiki pasukan lebih mantap lagi pada musim hadapan.
KUCHING 24 Ogos - Sarawak mahu mengekalkan kejuaraan ke-13 dalam kejohanan Para Sukan Malaysia (Sukma) XIX Perak 2018 yang akan diadakan pada 21 hingga 28 Oktober nanti.
KUCHING 10 Ogos - Polis memberi jaminan terhadap tahap keselamatan dan pergerakan lalu lintas semasa acara larian antarabangsa, Kuching Maraton 2018 yang disertai lebih 10,000 penyertaan di sini Ahad nanti.
KUCHING 20 Jun - Keterujaan peminat bola sepak menonton Piala Dunia 2018 sehingga sanggup bersengkang mata sampai pagi ketika ini, mendapat perhatian Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Prof. Dr Sim Kui Hian.
KUCHING 8 Mei – Sarawak bakal mempunyai velodrom serta akademi bola tampar dan badminton sendiri tidak lama lagi dalam usaha melahirkan atlet bertaraf dunia dalam ketiga-tiga sukan berkenaan, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
KUCHING 22 Feb. - Dua pemain Skuad Bujang Senang dan seorang individu didakwa bookie yang dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan mengatur permainan semalam, bersedia bertemu dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagi berbincang tentang kemelut yang berlaku antara mereka ketika ini.
KUCHING 21 Feb. - Tanggapan sesetengah pihak bahawa Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) cuba menggunakan isu mengatur perlawanan baru-baru ini sebagai alasan atau jalan keluar untuk menutup kegagalan pasukan pengurusan tiada asas sama sekali.
KUCHING 15 Feb. - Dua pemain Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan seorang orang awam dipercayai bookie dikenakan reman selama enam hari bagi membantu siasatan setelah dipercayai menerima atau meminta suapan di Mahkamah Majistret 3 di sini hari ini.
KUCHING 1 Feb. - Skuad Bujang Senang mensasarkan untuk mendapatkan tiga mata sulung menentang pasukan berstatus kelab, Kuantan FA pada perlawanan pembuka tirai Liga Premier 2018 di Stadium Negeri, di sini petang esok.
KUCHING 19 Nov. – Pasukan Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei berjaya mendapat tempat pertama bagi Bidar 20 Pekayuh Lelaki (Kategori VVIP) akhir pada Regatta Sarawak 2017 hari ini.
KUCHING 4 Nov. - Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) akan meneruskan cadangannya untuk menggunakan seratus peratus pemain tempatan pada saingan Liga Perdana musim depan.
KUCHING 5 Ogos - Sarawak akhirnya memecah badi bermain di laman sendiri apabila meraih kemenangan pertama dengan menumpaskan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Negeri, sebentar tadi.
KUCHING 12 Julai - Ketua jurulatih Sarawak, David Usop mengumumkan 'merehatkan' diri daripada bertugas sebagai ketua jurulatih skuad Bujang Senang berkuatkuasa hari ini.
KUCHING 21 Jun - Setelah 21 tahun bersara daripada arena olahraga, bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek akan membuat penampilan semula dalam Kejohanan Olahraga Masters Terbuka Malaysia (MIOMAC) 2017 di Stadium
MIRI 10 Jun – Bekas pelari pecut kebangsaan Watson Nyambek merupakan antara pembawa obor Sukan SEA ke-29 yang diadakan di Taman Negara Mulu yang juga dikenali sebagai tapak warisan dunia UNESCO.
KUCHING 6 Jun - Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mencatat sejarah apabila menjadi badan sukan pertama di Sarawak melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
KUCHING 10 April - Kecuali kejayaan Datuk Lee Chong Wei mara ke final, prestasi pemain utama negara pada Terbuka Malaysia yang berakhir di Kuching semalam mengecewakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
KUCHING 9 April - Kecewa gagal mempertahankan kejuaraan, Datuk Lee Chong Wei berjanji akan kembali menebus kehampaan tahun depan selepas menghadiahkan gelaran Terbuka Malaysia buat kali pertama kepada musuh ketatnya, Lin Dan di sini, hari ini.
KUCHING 9 April - Hajat Datuk Lee Chong Wei untuk merangkul kejuaraan ke-12 tidak kesampaian, sebaliknya seteru utamanya, Lin Dan muncul juara Terbuka Malaysia buat kali pertama selepas menumpaskan jaguh negara itu di depan penyokong sendiri di Stadium Perpaduan, di sini, sebentar tadi.
KUCHING 9 April - Tiket bagi aksi final Terbuka Malaysia yang dijual di kaunter bermula 11 pagi seperti goreng pisang panas apabila habis dalam tempoh tidak sampai dua jam sebentar tadi.
KUCHING 8 April – Exco Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberikan mandat kepada Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid dan Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria untuk mencari penyelesaian kepada kemelut berhubung jawatan presiden dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) nanti.
KUCHING 8 April - Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke pusingan akhir seterusnya menghampiri impian untuk merangkul gelaran Siri Super Premier Terbuka Malaysia buat kali ke-12.
KUCHING, 8 April. -Pemain remaja negara berpeluang menjalani latihan bersama serta pertandingan di Indonesia, Korea Selatan dan Thailand menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani hari ini.
KUCHING 7 April – Wakil tunggal negara, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir kejohanan Terbuka Malaysia di Stadium Perpaduan, Petra Jaya dekat sini sekali gus menghampiri gelarannya yang ke-12 dalam kejohanan itu.
KUCHING 7 April – Pemain No.1 negara Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan separuh akhir di kejohanan Terbuka Malaysia hari ini selepas menewaskan pencabar dari Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin 21-11, 21-14 dalam masa 44 minit. Dengan kemenangan itu, Chong Wei bakal bertemu dengan pemain ranking ke-12 dunia, Vincent Wong dari Hong Kong dalam pusingan separuh akhir.
KUCHING 6 April – Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menjadi penyelamat ‘mood’ penyokong badminton negara di Kuching apabila menjadi wakil tunggal tuan rumah berjaya meneruskan kemaraan ke suku akhir Terbuka Malaysia, hari ini.
KUCHING 6 April - Datuk Lee Chong Wei meneruskan misi memburu kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali ke-12 selepas melangkah ke suku akhir dengan penuh bergaya, hari ini.
KUCHING 5 April - Datuk Lee Chong Wei memulakan misi memburu kejuaraan ke-12 dengan langkah kanan apabila menyingkirkan pencabar dari England, Rajiv Ouseph pada aksi pembukaan kejohanan badminton Siri Super Premier Terbuka Malaysia di Stadium Perpaduan, di sini sebentar tadi.
KUCHING 5 April - Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama dalam kejohanan badminton Siri Super Premier Terbuka Malaysia, sebentar tadi.
KUCHING 5 April - Beregu wanita utama negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei gagal meneruskan kemaraan selepas tewas dalam aksi pusingan pertama kepada pasangan China, Bao Yixin-Yu Xiaohan di kejohanan badminton Siri Super Premier Terbuka Malaysia, sebentar tadi.
KUCHING 5 April - Pasangan beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sing melakar kejutan besar dengan menundukkan pilihan keenam dari Denmark Mads Conrad-Petersen-Mads Pieler Kolding untuk mara ke pusingan kedua kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Malaysia, di sini sebentar tadi.
KUCHING 3 April – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan menjadikan kejayaan menjuarai kejohanan All England pada 12 Mac lalu sebagai pembakar semangat untuk memburu kejuaraan Siri Super Premier Terbuka Malaysia di sini, bermula esok.
KUCHING 15 Mac - Pengesahan yang diberikan oleh jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei untuk beraksi dalam Terbuka Malaysia bulan depan mendorong penjualan tiket kejohanan badminton Siri Super Premier itu laris seperti ‘goreng pisang panas’.
MIRI 18 Okt. - Bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek dibebaskan daripada status muflis selepas kerajaan negeri bersetuju membayar balik tunggakan pinjaman bank sebanyak RM80,000 yang digunakan untuk menanggung kos perubatan mendiang bapanya sebelum ini.
Kuching 31 Julai - Olahraga dan memanah mendapat pengiktirafan besar dalam majlis penutup Sukan Malaysia (Sukma) 2016 apabila dua atletnya dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati di Stadium Sarawak di Petra Jaya, dekat sini malam ini.
KUCHING 31 Julai - Prestasi yang dipamerkan atlet remaja dalam Sukan Malaysia (Sukma) ke-18, Sarawak 2016 mencatat peningkatan prestasi yang lebih baik berbanding temasya dua tahun lalu di Perlis.
KUCHING 30 Julai - Perak mempertahankan ibu segala pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2016 selepas muncul juara bola sepak dengan menewaskan Wilayah Persekutuan (WP) 2-0 di Stadium Negeri, malam tadi.
KUCHING 30 Julai - Selangor mengesahkan juara keseluruhan milik mereka apabila gimnastik artistik menjadi penyelamat kontinjen negeri itu mengekalkan kedudukan teratas pungutan pingat setelah bersaing sengit dengan tuan rumah Sarawak pada hari terakhir Sukan Malaysia (Sukma) 2016, hari ini.
KUCHING 29 Julai - Raja pecut Malaysia yang baharu Khairul Hafiz Jantan kini menjadi calon No. 1 untuk merangkul gelaran Olahragawan Sukan Malaysia (Sukma) 2016, setelah mempamerkan pencapaian cemerlang dengan merangkul empat pingat emas, dan turut memecah empat rekod temasya termasuk satu rekod kebangsaan.
KUCHING 29 Julai - Nama Mohd. Poad Kassim mungkin masih asing lagi kepada peminat sukan tanah air, tetapi sejak beberapa hari kebelakangan ini kehadirannya mula mendapat tumpuan ramai khususnya media di negara ini.
KUCHING 27 Julai - Khairul Hafiz Jantan mengakui, rakan sepasukannya, Badrul Hisyam Abdul Manap adalah individu paling penting yang mendorongnya melakar kejayaan sensasi memecah rekod 100 meter kebangsaan dalam perlumbaan akhir Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Stadium Sarawak, hari ini.
KUCHING 26 Julai - Tiga lagi rekod Sukan Malaysia (Sukma) dipecahkan di Pusat Akuatik Sarawak, Petra Jaya menerusi acara 200 meter kuak dada lelaki, 4x200m gaya bebas berganti-ganti lelaki dan 100m kuak kupu-kupu lelaki.
KUCHING 25 Julai - Tiada apa yang lebih mengejutkan bagi Nur Fatin Syairah Abdul Lathif apabila dimaklumkan bahawa dia merupakan pemenang pingat emas 10 meter air rifle individu wanita dan pemegang rekod baharu Sukan Malaysia (Sukma) 2016.
KUCHING 24 Julai - KEPUTUSAN Lim Ching Hwang untuk memasukkan 200 meter rampaian sebagai acara tambahan dalam Sukan Malaysia (Sukma) nyata berbaloi, apabila dia bukan sahaja meraih emas malah memecah rekod kebangsaan.
KUCHING 22 Julai - Terengganu membolot kedua-dua pingat emas acara berbasikal yang ditawarkan dalam Sukan Malaysia 2016 hari ini selain turut memenangi satu pingat perak.
KUCHING 21 Julai - Pelumba basikal negara Muhammad Shah Firdaus Shahrom dari Johor membuktikan dia tiada tandingan apabila memenangi pingat emas acara 1 kilometer (km) ujian masa lelaki akhir Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di sini hari ini.
KUCHING 20 Julai - Sarawak terus menguasai gelanggang taekwando apabila memenangi tiga lagi pingat emas, hari ini menerusi acara kyorugi pada hari kedua temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Stadium Perpaduan.
KOTA SAMARAHAN 23 April - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta semua pihak yang mendesak agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dirombak agar memahami perkara asas berkaitan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi badan induk bola sepak negara ini.
KUCHING 17 Ogos - Seramai 160 pemain bola sepak muda di negeri ini memperoleh pengalaman tidak ternilai daripada kem bola sepak khas iM Sarawak-Real Madrid Foundation Campus Experience baru-baru ini.
KUCHING 28 Jan. - Victor Sanchez Del Amo sanggup melupakan zaman keseronokan kanak-kanak apabila mengambil keputusan serius untuk bermain bola sepak sejak berusia 11 tahun demi mengejar cita-cita menjadi pemain bola sepak profesional.
KUCHING - Enam pemain tempatan, antaranya bekas pemain kebangsaan bakal menjadi anggota terbaharu skuad Sarawak bagi menghadapi musim Liga Malaysia tahun depan.
KUCHING - Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor membidas sikap Persatuan Bina Badan Malaysia (PBBM) yang dilihat tidak membela nasib bekas-bekas atlet persatuan itu.
KUCHING - Polis telah mengenal pasti 20 individu yang disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan selepas perlawanan Piala Malaysia antara Sarawak dan Perak di Stadium Negeri, di sini pada Sabtu lalu.
KUCHING - Polis akan menyiarkan gambar beberapa individu yang terlibat dalam insiden rusuhan selepas perlawanan Piala Malaysia antara Sarawak dan Perak di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini pada Sabtu lalu dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.
KUCHING - "Malangnya ia hanya mengambil masa satu malam sahaja untuk memusnahkan segala usaha dan kejayaan yang dibina dan dicapai selama ini," luahan Da�tuk Sudarsono Osman.
KUCHING - Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) muncul persatuan bola sepak pertama di negara ini yang akan menggunakan sistem penjualan tiket secara dalam talian.
KUCHING - "Pengadil buat keputusan tidak masuk akal langsung." Demikian reaksi penyokong Sarawak selepas pasukan bimbingan Robert Alberts itu tewas tipis 0-1 kepada Lions XII pada saingan Liga Super di Stadium Negeri kelmarin, sekali gus mencetus suasana tegang di dalam dan luar stadium.
KUCHING - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dicabar supaya lebih berani untuk mengetengahkan pemain wanita yang baru dalam kejohanan-kejohanan badminton sebagai langkah melahirkan pelapis muda untuk menggalas cabaran di kejohanan Piala Uber pada masa akan datang.
KUCHING - Lesen mereka dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehari sebelum perlawanan, malah mereka tiba di bandar raya Kuching hanya beberapa jam sebelum sepak mula.
KUCHING - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dia telah mendengar semua luahan Datuk Misbun Sidek, yang menyebabkan jurulatih itu meletak jawatan dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
KUCHING, Jan 6 � Youth and Sports Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hopes to end the badminton crisis before the Malaysian Open by having a trilateral talk.
KUCHING - Sentuhan tumpul barisan penyerang Sarawak terus menjadi batu penghalang untuk terus bersaing dalam Liga Perdana musim ini.
Selepas lima perlawanan, barisan penyerang Sarawak diketuai Effendi Malek dan Zamri Morshidi masih 'gugup' untuk menyudahkan peluang yang terhidang dengan hanya mampu menghasilkan dua gol daripada kesemua perlawanan berkenaan.
KUCHING - Ketumpulan barisan penyerang Sarawak memaksa pasukan Bujang Senang hanya mampu mengutip satu mata menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM),kelmarin.
Keputusan 0-0 itu sekali gus menghalang cita-cita Sarawak untuk mencatatkan kemenangan sulung dalam saingan Liga Malaysia musim ini walaupun mempunyai kelebihan beraksi di depan kira-kira 3,000 penyokong sendiri.
KUCHING - Enam pemain baru Sarawak yang menggalas cabaran pasukan baru mereka, berikrar akan menunjukkan kemampuan sebenar masing-masing pada saingan Liga Malaysia 2010, Isnin ini.
KUCHING - Pentas mencari bakat muda bagi arena bola sepak kebangsaan kembali lagi dengan penganjuran Manchester United Premier Cup-Nike 2009 bawah 15 yang membuka gelanggangnya di Stadium Negeri di sini semalam.
KUCHING - Dengan dua kemenangan ke atas pasukan Angkatan Tentera dalam saingan Piala FA baru-baru ini, Sarawak dilihat mula menunjukkan taringnya dan tidak sabar untuk menanti kunjungan Felda United esok.
MIRI - Jawatankuasa sementara bagi Persekutuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FFBD) yang dicadangkan penubuhannya telah dibentuk untuk menerajui sukan bola sepak di Brunei.