Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata usaha terbabit akan dilaksanakan dengan dana kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau mempertahankan langkah mengenakan cukai jualan petroleum dan gas sebanyak lima peratus dengan Sarawak dijangka mengutip RM3.8 bilion setahun.

"Kita perlu mencari duit sendiri untuk melaksanakan pembangunan di negeri ini kerana kita tidak boleh menunggu (peruntukan) kerajaan persekutuan," katanya pada sambutan Tahun Baharu Cina anjuran 10 persatuan Cina cawangan Sri Aman, di sini hari ini.

Katanya faktor kerajaan negeri keluar daripada Barisan Nasional dan membentuk Gabungan Parti Sarawak ialah bagi membolehkan kerajaan Sarawak berdikari dari segi pembangunan negeri.

Menyentuh perkara lain, Abang Johari berkata Sarawak akan melindungi autonomi imigresennya bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian di negeri itu.

Autonomi ini membolehkan Sarawak menyekat kemasukan pihak yang berhasrat menimbulkan masalah di negeri ini, katanya. - BERNAMA