Beliau berkata terkini, sebanyak 493 pusat Posmen Komuniti telah memulakan operasi di Sabah dan Sarawak, termasuk 263 yang beroperasi di negeri ini.

"Posmen yang dipilih adalah melalui kehendak dan pengurusan Pos Malaysia sendiri dan mereka menerima elaun bulanan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berjumlah RM500.

"Posmen yang dipilih merupakan warga tempatan yang lebih arif dengan kawasan penghantaran, seperti ketua kampung, ahli jawatankuasa kampung, petani dan sebagainya dengan syarat mempunyai lesen dan berumur tidak lebih dari 60 tahun" katanya pada lawatan media ke Pusat Pemprosesan Mel Kuching di sini hari ini.

Beliau berkata Posmen Komuniti ini adalah di bawah kendalian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan KKMM yang bekerjasama dengan Pos Malaysia.

Terdahulu, Pengurus Pos Malaysia Sarawak, Bong Tung Hui berkata Posmen Komuniti ini mula beroperasi pada 2010 dan Posmen Komuniti paling ramai adalah di daerah Sibu kerana faktor permintaan dan jumlah kawasan pedalaman yang lebih banyak berbanding kawasan lain. -BERNAMA