Individu yang ditahan termasuk empat perempuan dan berusia antara 20 hingga 30 tahun. 


Leong berkata dalam serbuan 9.30 pagi itu, lima daripada 13 suspek adalah warga tempatan manakala selebihnya adalah warga asing yang dipercayai operator kepada aktiviti perjudian dalam talian di premis berkenaan.


"Siasatan awal mendapati sindiket ini sering bertukar lokasi bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu oleh pihak berkuasa, namun hasil makluman awal dan risikan akhirnya sindiket berjaya ditumpaskan.


Hasil aktiviti haram itu membolehkan sindiket ini mengaut keuntungan sebanyak RM1 juta sebulan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan, di sini, hari ini.


Leong berkata, selain menjadi pusat judi dalam talian, sindiket tersebut turut menyediakan taruhan menerusi kaedah prabayar secara rambang di laman media sosial.


Dalam serbuan itu, polis turut menyita tujuh komputer dan 29 telefon bimbit yang digunakan untuk melakukan kegiatan judi dalam talian dan kes disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka serta Seksyen 4(1) (c) dan (d) Akta Pertaruhan 1953. -BERNAMA