Pengarah JBPM Sarawak Khirudin Drahman berkata Akihiro Noda, 25 yang mengalami kecederaan pada punggung dan retak tulang rusuk, digegaskan ke Hospital Miri sebaik helikopter mendarat di Miri pada 8.40 pagi.


"Atas faktor keselamatan, kami terpaksa menggunakan win untuk membawa mangsa keluar dari Kem 4 seawal 7.40 pagi ketika keadaan cuaca agak baik dan kurang berawan," katanya.


Menurutnya usaha mengeluarkan penyelidik berkenaan yang terjatuh ketika mendaki dua hari lalu, terpaksa ditangguhkan semalam kerana cuaca buruk. 


Semalam, pihak pentadbiran Taman Negara Mulu menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Marudi bagi memaklumkan tentang kejadian yang berlaku pada 9 malam Sabtu. 


Kejadian berlaku ketika Akihiro, mahasiswa Universiti Kyoto, Jepun sedang mendaki gunung berkenaan bersama-sama seorang lagi penyelidik senegara dan tiga porter.- BERNAMA