Ini akan menyediakan laluan tanpa halangan serta selamat bagi kapal lebih besar yang menggunakan sungai itu untuk pergi dan balik dari Sibu.

"Mengambil kira kepentingan jambatan itu dan kesan daripada sekatan meter kepada perkapalan, kerajaan negeri meluluskan kelegaan tegak (kelegaan kapal) bagi Jambatan Batang Rajang yang dicadangkan itu," kata Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas perjumpaan bersama anggota Persatuan Pemilik Kapal Sabah dan Sarawak, Persatuan Perkapalan Sarawak, dan Persatuan Limbungan Kapal Sibu, Julaihi bagaimanapun berkata ia bukanlah kelulusan menyeluruh bagi semua jambatan di negeri ini.

"Ia boleh jadi rendah di sesetengah sungai, bergantung kepada jumlah kapal (kecil atau besar) yang menggunakan sungai berkenaan," katanya.

Kelulusan itu diperoleh ekoran kebimbangan yang disuarakan komuniti perkapalan semasa sesi dialog yang dianjurkan Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Sarawak pada hujung November lepas.

Julaihi berkata komuniti perkapalan menyatakan bahawa kelegaan tegak 20 meter akan mengehadkan laluan kapal lebih besar ke Sibu dan seterusnya, yang antara lain akan mengakibatkan kenaikan harga barangan.

Jambatan sepanjang 1.2km itu adalah sebahagian daripada cadangan projek pembinaan Jalan Pasi-Tanjung Manis sepanjang 17km dilancarkan ketua menteri semasa Program Sejiwa Senada di Meradong pada 29 April tahun lepas.

Apabila siap jalan pesisir itu, perjalanan dari Sarikei ke Tanjung Manis hanya akan mengambil masa 45 minit berbanding dua jam Sibu.

Pembangunan projek itu akan menggalakkan pembukaan lebih banyak tanah untuk memacu, antara lain, pembangunan komersial, pertanian dan pelancongan di kawasan berkenaan, yang dijangka dimulakan pada suku kedua tahun ini dan siap dalam tempoh empat tahun. - BERNAMA