Ahli Dewan Undangan Negeri Simunjan (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata, apabila siap sepenuhnya pada Jun ini, ia boleh digunakan penduduk yang majoritinya umat Islam menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri.

“Masjid yang lebih cantik dan besar ini dapat menampung seramai 300 jemaah dalam satu masa.

“Ia merupakan kemudahan yang disediakan kerajaan bagi memberi keselesaan kepada penduduk mengerjakan solat berjemaah,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan mengejut meninjau perkembangan pembinaan masjid berkenaan hari ini.

Yang turut hadir, Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu; Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mohammed Kamaluddin Mohamad Affendi dan Pegawai Daerah Simunjan, Abdul Khalid Manap.

Lawatan hampir dua jam tersebut adalah bagi memastikan pihak kontraktor dan pekerja melakukan tugas yang telah diamanahkan dan membolehkan beliau melihat sendiri keadaan sebenar di tapak projek berkenaan.

Menjelas lanjut, katanya,pembinaan masjid itu juga merupakan salah satu usaha memperkasakan serta mempelbagaikan aktiviti keagamaan di kawasan tersebut. - UTUSAN ONLINE