Menurut Pengurus Pemasaran (ASEAN) Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Gustino Basuan, kemasukan pelancong tersebut dijangka akan terus meningkat terutama ketika musim cuti sekolah nanti.

"Dalam usaha ini, STB membuka ruang pameran pada Brunei Travel Fair yang disertai empat hotel di Miri iaitu Pullman Miri Waterfront, Imperial Group of Hotels, Jinhold Hotel & Serviced Apartment dan Hotel Mega.

"Pameran ini menyediakan platform kepada industri untuk menjual pakej percutian mereka kepada lebih 13,000 warga Brunei yang dijangka hadir semalam dan hari ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Pameran itu melibatkan pihak hotel, syarikat penerbangan, agensi pelancongan, pejabat pelancong negara dan pembekal berkaitan bagi mempromosikan perkhidmatan dan produk kepada rakyat Brunei.

Tambahnya, pihaknya menyasarkan pakej bagi tempoh cuti sekolah hujung tahun nanti disamping mempromosikan produk pelancongan, festival dan acara menarik di Sarawak.

Habis