Beliau berkata, hasil daripada pemeriksaan saringan air kencing di 191 buah sekolah di kawasan berisiko tinggi, sejumlah 301 pelajar didapati positif dadah.


Kawasan berisiko itu adalah Gita, Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri.

"AADK mendapati kebanyakan pelajar positif dadah jenis methamphetamine, keadaan ini amat membimbingan kerana melibatkan remaja di bawah umur 18 tahun," katanya pada sidang media semasa melawat tapak baharu Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Jalan Puncak Borneo di sini, hari ini.


Turut hadir Pengarah AADK Sarawak, Wan Madihi Wan Salleh.


"Mereka yang positif ini akan terus dipantau serta diberikan kaunseling dan bimbingan dari semasa ke semasa oleh guru-guru yang telah terlatih disamping menjalani saringan air kencing dari pihak AADK sehinggalah bebas daripada penyalahgunaan dadah,"katanya.


Justeru itu, beliau berkata, AADK akan terus memperkasakan saringan di sekolah-sekolah yang telah dikenal pasti berisiko bagi membantu dan membanteras penggunaan dadah di kalangan pelajar.- BERNAMA