Menterinya Datuk Sri Wong Soon Koh berkata program tersebut bertujuan mempromosikan e-dagang dan usahawan tekno untuk menjana pendapatan dalam kalangan rakyat Sarawak di era digital, khususnya golongan remaja.

Wong Soon Koh
Wong Soon Koh 

Beliau berkata perniagaan dalam talian merupakan aliran global dan sehubungan itu kementerian tersebut mengambil langkah meningkatkan kesedaran mengenainya terutamanya kepada generasi muda bagi membolehkan mereka menceburkan diri dalam perniagaan dalam talian.

"Program tersebut menyediakan platform kepada masyarakat untuk belajar daripada pakar e-dagang dan melengkapkan usahawan tekno dari dalam dan luar Sarawak mengenai kriteria untuk berjaya dalam perniagaan, terutamanya bagi perniagaan dalam talian.

"Saya berharap lebih ramai individu akan turut serta dan mendapat manfaat daripada program yang menarik ini," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau berkata program dua hari tersebut dijangka menarik penyertaan lebih 1,000 pengunjung.

Menurutnya pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti termasuk 'MaGIC Mentorship', jualan secara langsung, e-sukan, TechXibition, Hackathon dan 'Samarahan Apps Challenge.' - BERNAMA