Adam Yii Siew Sang
Adam Yii Siew Sang 

Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang berkata operasi hari ini membabitkan kerjasama kira-kira 40 petugas dari pelbagai agensi berkaitan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan dan polis.


"Tiga dari gelandangan ini ditahan oleh AADK di Taman Bunga Miri, manakala dua lagi di sekitar Flyover Pujut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Yii berkata ada antara gelandangan ini yang disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah, dan pihaknya banyak menerima aduan orang ramai mengenai kehadiran mereka di dua tempat itu. - BERNAMA