Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Tiong Ling Hii berkata, mangsa pertama, Kalawin Jefferi, 27, ditemukan kira-kira lima kilometer (km) dari Pos Kawalan Bomba (PKB) di Tanjung Sungku pada pukul 7.15 pagi.

Katanya, mangsa kedua pula, Kajim Asan, 70, dijumpai kira-kira 30 km dari PKB di Kampung Tegelam pada pukul 7.18 pagi.

“SAR tamat sepenuhnya selepas mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Kejadian berlaku apabila Kajim yang menaiki sebuah bot dalam perjalanan dari Kampung Tegelam untuk menjemput Kalawin di Kampung Lubok Pungor telah terbalik melanggar kayu sebelum cuba diselamatkan cucunya, namun kedua-dua hilang dibawa arus deras. - UTUSAN ONLINE