Harry Henry Jinep
Harry Henry Jinep 

Menurut Anggota Dewan Undangan Negeri Tasik Biru Datuk Harry Henry Jinep, apabila siap kelak Bau dijangka menerima 41 juta liter air sehari untuk dibekalkan kepada kira-kira 64,000 pengguna.

Bekalan itu lebih daripada mencukupi untuk kegunaan domestik dan komersil, katanya kepada pemberita selepas melawat Loji Rawatan Air Bau, di sini hari ini.

Menurutnya kerja menaik taraf itu antaranya melibatkan penggantian paip yang sudah berusia 40 tahun.

Sementara itu, beliau menggesa kontraktor Projek Lebuhraya Pan Borneo agar lebih peka dalam melaksanakan pembinaan projek tersebut bagi mengurangkan gangguan bekalan air, khususnya di Bau.

"Gangguan air terlalu kerap berlaku di kawasan Bau ini dan rakyat sudah letih dengan masalah tersebut," katanya.

Beliau berkata jika perkara itu tidak diatasi, rakyat akan menyalahkan kerajaan sedangkan peruntukan besar telah diberikan kepada kontraktor untuk mengalihkan paip sebelum kerja-kerja pembinaan lebuh raya dijalankan.

Terdahulu, beliau mendengar taklimat oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar. - BERNAMA