Menurut Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Petronas, Zahariah Abdul Rahman, dalam semangat perkongsian dan kebersamaan, Majlis Iftar Perdana Petronas Bersama Masyarakat dijalankan di masjid dan fasiliti sendiri di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Terengganu, Kedah, Sabah dan Sarawak.

Katanya, Sentuhan Kasih Petronas salah satu program utama tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyumbang kepada masyarakat.

“Kami berharap sumbangan ini dapat meringankan bebanan komuniti ketika persiapan bagi menyambut perayaan

“Program-program ini juga menyasarkan untuk menyemai semangat kesukarelawanan dikalangan kakitangan Petronas disamping menggalakkan interaksi dan persahabatan dengan komuniti tempatan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sejak 2005, Petronas menjalankan beberapa inisiatif komuniti termasuk program Sentuhan Kasih menyasarkan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

Bagi di Sarawak, Majlis Iftar Perdana Petronas Bersama Masyarakat dijalankan di Masjid Assyakirin, Bintulu pada Sabtu lalu.

Pada majlis itu, Naib Presiden Petronas, Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar, Dzafri Sham Ahmad menyerahkan sumbangan tunai Sentuhan Kasih kepada 103 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Batu, SK Bintulu, SK Kidurong 1, SK Kidurong 2 dan SK St. Anthony.

Penerima sumbangan sebanyak RM100 hingga RM200 terdiri daripada golongan asnaf yang dipilih ahli-ahli jawatankuasa masjid.

Sumbangan itu dikutip oleh Badan Kebajikan Islam Petronas (BAKIP) menerusi derma daripada kakitangan Petronas.-UTUSAN ONLINE