Lelaki kurang siuman bogel dalam lopak tapak pembinaan
Anggota APM membantu lelaki warga emas yang berendam di lopak air di kawasan tapak pembinaan di Bulatan Datuk Temenggong Abang Kapali Abang Akip, Kuching, hari ini. - UTUSAN ONLINE

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, lelaki yang dipercayai kurang siuman berusia 55 tahun itu pada mulanya dilihat berjalan kaki menuju ke kawasan tersebut.

Pegawai Perhubungan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, Hafizul Samah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian segera pergi ke lokasi untuk melakukan tindakan susulan.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian kira-kira 25 minit kemudian, pasukan APM mendapati seorang lelaki dalam keadaan bogel sedang berbaring dalam lopak air di situ.

“Anggota APM memujuk lelaki berkenaan supaya keluar dari kawasan lopak air di situ,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Hafizul memberitahu, selepas berjaya memujuk lelaki berkenaan, anggota APM kemudian membawa warga emas itu ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE