ANGELINA BIDOL
ANGELINA BIDOL

Dengan bayaran sebanyak RM5 seorang, orang ramai boleh menikmati keenakan pelbagai buah-buahan tempatan yang diperolehi daripada petani FAMA.

Menurut Ketua Unit Operasi FAMA Medan Niaga Satok, Angelina Bidol, sambutan diterima begitu menggalakkan dengan lebih 450 orang menyertai program yang diadakan bermula pukul 9 pagi hingga 11 pagi tadi.

“Program ini diadakan bagi mempromosikan buah-buah tempatan disamping membantu petani-petani FAMA dengan memborong hasil mereka.

“Kita bukan hanya menyediakan raja buah iaitu durian malah buahan lain seperto rambutan jenis anak sekolah sebanyak setengah tan, cempedak (100 biji), belimbing hutan (300 kilogram) dan asam embang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE