Program dimulakan dengan tazkirah oleh Timbalan Imam negeri, Ustaz Mohammad Ihsan Haidzir, diikuti majlis bacaan al-Quran.


Ketua Unit al-Quran Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Sarawak, Abdul Rahim Rashid berkata, pihaknya berpuas hati dengan sambutan diterima terhadap program yang pertama kali dianjurkan secara terbuka di pusat beli-belah berkenaan.


“Kita berharap program ini dapat menanam minat dan memberi kesedaran kepada umat Islam untuk menjadikan bacaan al-Quran sebagai amalan terutama di bulan Ramadan yang mulia ini,” katanya ketika ditemui selepas selesai program berkenaan.