Kampung terbabit ialah Kampung Semadang serta empat buah kampung dalam Skim Penempatan Semula Bengoh iaitu Kampung Taba Sait, Pian Bojong, Semban dan Rejoi.


Penduduk Kampung Semadang, Remos Jepons, 42 berkata mereka telah menunggu sejak sekian lama untuk menggunakan telefon bimbit masing-masing.


Sehubungan itu dia berharap peruntukan RM1 bilion bagi kemudahan telekomunikasi di Sarawak yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan turut merangkumi kampungnya.


Dia juga mahu kemudahan Internet di kawasannya yang pada masa ini terlalu perlahan dipertingkat.

Seorang lagi penduduk, Manja Senod, 51, meminta pihak berkuasa mempercepat pembinaan menara telekomunikasi di kawasannya.


"Saya dengar kontraktor sudah mengenal pasti lokasi menara yang saya percaya akan menyelesaikan masalah tiada liputan telekomunikasi mudah alih ini," katanya.


Abang Johari sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan negeri akan membina tambahan 600 menara telekomunikasi di seluruh negeri menjelang 2020 menerusi inisiatif ekonomi digital yang disasar menyumbang kira-kira 17.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar Sarawak menjelang 2025 berbanding 2.3 peratus pada masa ini. - BERNAMA