Anjuran Kuching Heritage Awareness Society(KHAS), edisi keempat penganjuran larian itu bertemakan Lawatan Semula ke Darul Hana.


Menurut Pengerusi penganjur Philip Yong, format perlumbaan adalah pemburuan harta karun iaitu peserta dalam beberapa kumpulan menggunakan peta untuk mencari titik kawalan atau stesen. 


"Setiap pasukan akan menerima pasport dengan petunjuk untuk lokasi setiap stesen. Di setiap stesen ada tugasan yang perlu dipenuhi berkaitan aspek budaya dan warisan tempatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Philip berkata sebahagian daripada hasil dana itu akan disalurkan kepada pertubuhan dan badan amal yang membantu kanak-kanak, orang dewasa yang menghidap penyakit Parkinson, tukang kraf tradisional dan sokongan untuk haiwan kesayangan. 


Untuk mendaftar secara dalam talian di laman web https://kuchingheritage.com. Bayaran untuk setiap kumpulan adalah RM240. Bagi pertanyaan lanjut boleh layari laman web atau Facebook di www.facebook.com/KuchingHeritageRace/. - BERNAMA