Komandernya, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata, operasi berterusan kini dijalankan oleh pasukannya sama ada secara bersendirian atau bersepadu bersama penguat kuasa Jabatan Hutan Sarawak dalam menyahut seruan kerajaan negeri memerangi kegiatan haram itu.

“Sejak 2015 hingga tahun lalu, sebanyak 54 kes melibatkan Ordinan Perhutanan Sarawak, mankala sehingga Julai lalu, sebanyak 17 kes pembalakan haram dikesan.

“Kita melihat pembalakan haram adalah terkawal namun operasi berterusan akan dijalankan agar lambat-laun ia dapat dibendung sepenuhnya,” kata beliau dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Komander PPM Wilayah 5 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, statistik tangkapan dan saman bagi Januari hingga Julai lalu juga meningkat daripada 299 kes kepada 492 kes iaitu pertambahan 64.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. - UTUSAN ONLINE