BARU BIAN
BARU BIAN 

Beliau menjelaskan projek itu dimulakan pada tahun 2011 dan dijangka siap pada 2016. Bagaimanapun, kerja-kerja pembinaan masih belum dimulakan.

"Kerajaan PH menyedari keperluan mendesak bagi hospital ini. Kementerian saya telah menyiapkan kajian dan pelawaan tender dibuat pada 15 Feb tahun ini.

"Dokumen tender akan mula dijual pada 4 Mac 2019," kata Baru dalam kenyataan di sini hari ini, bagi menjawab gesaan Anggota Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, supaya kerajaan Persekutuan meneruskan projek Hospital Lawas.

Bagi Hospital Petra Jaya pula, beliau berkata dokumen tender boleh dibeli pada 25 Feb, manakala pelawaan tender bagi Hospital Miri dijangka dibuat pada awal April tahun ini.

"Kami komited untuk memenuhi keperluan rakyat dan kami akan memastikan supaya Hospital Lawas, Hospital Petra Jaya dan Hospital Miri siap tanpa sebarang kelewatan lagi," katanya. - BERNAMA