Perintah reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lebih terperinci mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Wanita berusia 39 tahun itu sebelum ini direman tujuh hari setelah bayi terbabit, Aariz Harraz Zahin Azman menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ibunya Hajijah Tahir pada 11.55 pagi 13 Jan lalu di Hospital Sibu selepas alat sokongan hayatnya dihentikan pada 11.40 pagi.


Suspek ditahan polis di rumahnya di Jalan Permai di sini pada 8 Jan lepas menurut Seksyen 31(1), Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendera berikutan laporan yang dibuat bapa mangsa.


Laporan awal doktor mendapati mangsa mengalami pendarahan dan bengkak pada bahagian otak serta kedua-dua mata, selain retak pada bahagian kiri kepala. - BERNAMA